Wednesday, February 15, 2012

Resipi Kek Coklat Moist Bersama Chef Ajuera

Seperti yang telah dijanjikan pada ENTRY INI, ari ni aku nak share dengan korang semua cara-cara nak buat Kek Coklat Moist. Memang ramai dah tahu kan cara-cara nak buat Kek ni sebab senang giler dan tak cerewet sangat pon yang penting kena ada sikap "RAJIN". hehe. Kalau "MALAS" tak leh cakap apa la kan... huhuhu.

Ok straight to the point je lah.

First thing, mari kita tengok dulu bahan-bahan untuk membuat Kek Coklat Moist ni.


Bahan-bahannya ialah :

Bahan 'A' :
- 1 cawan Serbuk Koko (tak kisah la jenama apa pon...)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak (nak guna buttercup pon boley...)

Bahan 'B' :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 3 biji telur ayam (suhu bilik)
- 1 sudu teh essen Vanilla

Topping :
- Coklat Masakan
- 1 cawan susu pekat
- 2 sudu teh marjerin
- Coklat rice atau apa-apa je la hiasan yang korang suker...

Cara memasaknya :

1) Sebelum memulakan didihkan air kukusan terlebih dahulu.


2) Campurkan sekali Bahan 'A' ke dalam satu periuk dan masak di atas dapur sehingga sebati dengan api yang sederhana dan selepas itu biarkan ia sejuk.
3) Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder pula dicampurkan sekali dan diayak.
4) Seterusnya pukul 3 biji telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam Bahan 'A' yang telah sejuk tadi dan kacau hingga sebati. Setelah itu masukkan essen vanilla.
5) Selepas itu, masukkan pula tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak bersama-sama tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga sebati selama 5 minit.
6) Ambil loyang kek dan sapukan marjerin (untuk mengelakkan kek melekat pada loyang)


Isi adunan separuh loyang sahaja kerana bila dikukus kek akan mengembang dua kali ganda...
Untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam kek, balut loyang dengan aluminium foil, plastik ataupon kain.

7) Apabila air kukusan sudah mendidih letakkan kek tadi di atas periuk kukusan dan biarkan ia dimasak dalam masa 1 jam 10 minit. 

Perhatian : semasa mengukus pastikan jangan dibuka penutupnya sehingga sampai masanya.

Cara nak buat Topping :

1) Coklat masakan, susu pekat dan marjerin dimasak sekali dengan cara double boiler.
2) Setelah masak letakkan di atas Kek.
3) Taburkan coklat rice untuk hiasan.



 Kek yang telah siap dimasak yang belum di letakkan topping di atasnya.


Setelah ditopping beginilah jadinya. nyummm! nyummm! nyummm!



noted :
Untuk rasa yang lebih enak biarkan di dalam peti sejuk buat seketika barulah dimakan.
Selamat mencuba !

2 comments:

Sufiah said...

wow..great!

@juera said...

sufiah : tq dear :)