Ari ni terbaca berita tentang Misha Omar.Yes! aku memang peminat Misha Omar yang jelita ni dan kami adalah adik beradik. hehe. Nama ayah je la sama tapi orang lain-lain . kih kih kih. Nak jugak tumpang glemer. hak hak hak!
Akhirnya, Misha Omar akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Aku ni dah lama nak dengar berita baik ni dan tumpang gembira la untuk artis kesayangan aku ni. Aku memang minat sangat dengan lagu "Bunga-bunga Cinta" yang ketika dulu sangat popular siap masuk Anugerah Juara Lagu. huhu.
WALAUPUN Misha sempat bercinta dengan lelaki lain, namun hatinya kembali kepada Firos untuk hidup bersama sebagai suami isteri.
Itulah jodoh namanya kan. Tak semestinya kita bercinta dengan seseorang tu bagai nak rak tapi akan kekal ke jinjang pelamin.
Bakal suami Misha merupakan jejaka yang bernama Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).
Tahniah buat Misha kerana akan bertunang tidak lama lagi. Semoga bahagia dan sukses selalu dalam bidang seni yang diceburinya.
Berita Lanjut di KOSMO





2 comments:
bestnye....moga berbahgia...
haaa...skrg terjawap dh gosip liar yg dok kata dia dh kawen tu kan. hehe
Post a Comment