Friday, December 9, 2011

Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM)


Salam hari jumaat yang indah ^^

Cuaca yang sangat baik ari ni, Alhamdulillah ^^. Bukan nak cerita pasal cuaca ok! cuma nak tanya sudahkah korang mendaftar sebagai pemilih ? Kalau belom daftarlah sekarang di mana-mana pusat pendaftaran SPRM yang berdekatan dengan korang. 


Cara untuk mendaftar:


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:


(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran 
anda;
(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat 
yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum 
menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat 
sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Bagi yang telah mendaftar sebagai  pemilih korang boleh membuat semakan daftar pemilih di Laman Web SPRM. Korang boleh click gambar di bawah untuk terus ke Laman Web SPRM :


Click link semakan daftar pemilih DI SINI 


Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa "-" atau "space") dan click SEMAK.


Korang juga boleh membuat semakan isi rumah. Sila click "SEMAKAN ISI RUMAH" 

Selain tu jugak, untuk memudahkan lagi proses semakan ini korang boleh menyemak daftar pemilih melalui SMS sahaja. Caranya seperti di bawah:


Taip
SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. IC dan hantarkan ke 15888

Cara lain korang boleh jugak call terus di talian 03-8885 6565 untuk semakan daftar pemilih bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jadi apa lagi ditunggu-tunggu silalah mendaftar sebagai pemilih kerana pilihanraya semakin hampir. Tunaikan tanggungjawab korang sebagai pengundi ye.

Okeh babai....


No comments: