Thursday, July 21, 2011

Mimpi Lipan Besar

Tak habis-habis blog aku ni cite pasal mimpi je. Dah nak buat macam mana banyak sangat mimpi sekarang ni tapi bukan mimpi basah-basah tau. pleaseeee la kan.

Ari tu kan masa kat kampung aku mimpi LIPAN ko, besar-besar pulak tu ada la 3 ekor. Lipan tu tak usik aku pun tapi dia duk tepi aku je la. Aku pun cite kat mak aku pasal aku mimpi lipan ni dan dan mak aku cakap ha jaga-jaga ada la tu mende tak baik nak jadi. Ish mak aku ni bikin aku suspende je lah. hu hu.

Untuk lebih kepastian aku terus la jumpa pakcik Google nak tahu la tafsir mimpi aku ni kan. Apa yang aku dapat dari pakcik Google dia mengatakan biasanya kalau mimpi LIPAN ni tandanya bakal mendapat rezeki. Wow! ye ke ni? ye ke ni? Tapi bukan leh percaya sangat kan mende-mende cenggini kang jadi lain plak kalau percaya sangat.

Tapi kan ari ni nak cerita kat korang, ari tu aku ada la buat claim dengan ofis aku. Bulan lepas aku banyak jugak pegi outstation so dapat la sikit-sikit kan. Dan ari tu aku pegi bank cek my claim dah masuk ke belum kan, tiba-tiba tanjat boboy tau tengok-tengok dua kali ganda duit yang masuk dalam bank aku tu. Aku pun duk pikir mana la datang duit yang banyak ni. Ceh! banyak tu nak cakap macam sejuta. pui!!!

Dalam bank tu memang aku asingkan khas untuk claim je. Duit gaji aku bank lain. So tak de sumber lain dah yang masuk dalam bank claim aku tu rasanya. Aku pun dah malas pikir so aku ambik duit yang aku buat claim tu je. Baki duit yang berganda tu aku simpan dulu takut-takut la nanti bank tersilap masuk ke hape tak pasal-pasal pulak aku kena kasi balik kan. So aku biar je duit tu dalam bank aku tu takut termakan duit orang lain ke la kan.

Hari ni di ofis aku, ada la pakcik ni datang dekat aku lepas tu dia cakap dengan aku macam ni "Saya ni ada janji dengan awak dulu yang tak tertunai lagi ni" Aku pun masa tu tertanjat boboy lagi la dan terus menjawab "hah? janji apa plak pakcik?" Lepas tu pakcik tu kuarkan dompet dia dan keluarkan duit dan hulur dekat aku. Aku blur lagi masa tu dan tanya pakcik tu "Eh! duit apa plak ni pakcik?" Pakcik tu terus tersenyum dan berkata "Awak lupa la ni, kan pakcik dah janji hari tu awak tolong pakcik pastu pakcik dah janji nak bagi duit kan" Aku pun ingat -ingat balik. Oh! ye ari tu aku ada tolong dia tapi aku cakap tak pe saya tolong ikhlas pakcik tapi dia tetap berjanji nak bagi aku sedikit wang tanda terima kasih tolong dia la kan. Aku memang la tak ingat sebab memang aku nak tolong ikhlas pakcik tu masa tu. Tapi dah dia desak jugak suh aku amik duit tu so tak semena-mena aku dapat duit hari ni. Rezeki la tu kan. Alhamdulillah...

Tak lama lepas tu pulak aku jumpa ofismate aku ni. Masa duk sembang-sembang tu dia tanya aku "Dapat tak lagi claim outstation hari tu?" Aku pun cakap la "Hah dapat dah, eh tapi kan saya nak tanye ni..saya heran la, kenapa ari tu saya claim sikit je tapi bila cek dalam bank berganda pulak duit tu" Ofismate aku tu senyum dan berkata "Nak tahu kenapa?" mesti la aku nak tahu kan dan dia cakap "sebab awak patut dapat elaun ni tapi awak tak claim, jadi saya dah adjust claim tu so dapatlah banyak claim awak tu". Oh macam tu ye, so duit tu memang duit aku la kan. Rezeki lagi tu...Alhamdulillah. Kalau ofismate aku tak cek betol-betol claim aku maybe aku dah tak dapat elaun tu kan.

Tadi aku cek Nuffnang aku nya account. Memang dah lama gile tak cek sebab bizi sana sini kan. Sekali tengok perghhh! rasa gatal semacam je nak cash out money tu. Tapi tunggu je lah. Biar la dia membukit dalam account Nuffnang aku tu. Aku nak buat simpanan untuk hari-hari mendatang. hehe. Mana la tahu sok sok ada emergency kes nak pakai duit kan boleh tebus kat sini. Alhamdulillah rezeki lagi...

Aku rasakan sejak aku bermimpi LIPAN hari tu melimpah ruah je rezeki aku. Duit gaji aku bulan ni siap boleh saving lagi tak macam selalu awal bulan dah kikis. Makan pun tak susah sebab sana sini aku pegi orang belanja. Muka rezeki kot aku ni. he he. Sebab tu tak luak gaji aku bulan ni kot. Alhamdulillah orang belanja tu pun rezeki jugak.

Jadi aku rasa, betul jugak apa yang pakcik google tu cakap kalau mimpi LIPAN biasanya akan mendapat rezeki. Erk! tapi kan aku geli geleman tau dengan LIPAN ni. Nasib baik la ko LIPAN masuk mimpi aku tapi ko tak sentuh aku. Kalau tak menjerit aku kang. hu hu. Tapi kalau mimpi LIPAN akan peroleh rezeki hari-hari masuk dalam mimpi aku pun tak pe la kan. Geli geli pun tahan je la. wakakaka!!! Jangan real LIPAN depan mata aku sudah. Mak larikkkkkkkkkkkkkkk nanti. hu hu.

Satu lagi orang kata kalau kita nak dimurahkan rezeki jangan kedekut dengan orang. Ada duit lebih sikit belanja la kawan-kawan. So sape nak belanja aku meh sini nanti murah rezeki. hik hik! Tak leh la orang paksa baru nak belanja kan tak jadi la gitu. Selain tu, kita hidup ni kena la suka tolong orang yang susah, kalau kita rasa kita senang sikit tolong la orang yang berada dalam kesusahan ni Insyaallah Allah s.w.t Maha Pemurah akan memberi rezeki yang lebih melimpah ruah lagi. Tak percaya buat la. he he.

Jangan kedekut untuk bersedekah ye kawan-kawan. Lebih-lebih lagi nak dekat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarakah ni lagi la perlu perbanyakkan sedekah, beri zakat kat orang yang lebih susah pada kita dengan seikhlas hati Insyaallah berkali ganda akan dapat rezeki dari Allah s.w.t. Amin...


15 comments:

Cik Rose Cute said...

betul ker...mimpi lipan murah sikit hihihi..nak mimpi jugak ler...

Kapten Atok said...

sebab ko jauh
belanja ler dengan masukkan ke akaun aku yer

~aSHa~ said...

bleh belanja k.sha ni...

rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari...ehehee

@juera said...

Cik Rose Cute: hehe..ne leh suh msk mimpi cenggitu..kihx3

@juera said...

Kapten Atok:tu bkn blanje blanje nmanya..tu mintak..hahahaha!!!

@juera said...

~aSHa~: btul2..rezki jgn d tolak..nti dpt rezki 7 thn..byk tuuuuu..hehe

bayu d'arts said...

Terjumpa blog ni lps mimpi lipan td..hrp2 xdela membawa maksud yg xbaik...

bayu d'arts said...

Terjumpa blog ni lps mimpi lipan td..hrp2 xdela membawa maksud yg xbaik...

Ad rina said...

Ye ke, tak perasan pula .. Selalu jugak mimpi lipan. Mimpi kene kejar dgn lipan .. Lastly, bile jumpe lipan sebenar, fobia sangat2 .. Kalau ternampak bende2 hitam mcm lipan pun dah menjerit2 .. Kadang2 rase macam dejavu plak .. Lemah semangat mak !

MG schmidt said...

kalau petanda baik
alhamdulillah
kalau x mintak jauh. nauzubillah :)

lynn kamarul said...

baru mimpi malam tadi. klu betul alhamdulillah

Mia Zara said...

Lynn Kamarul: InsyaAllah kita doakan yg baik2 sje ye.. :)

Anonymous said...

Sy mimpi lipan mlm td..terus Google nk tahu ape maksudnye..klu bawa rezeki syukur sgt2..hope ade rezeki sy nk dpt baby..doakn utk sy ye sis..btw nice blog..

Atira Bukhari said...

PAGI TADI BARU MIMPI..BERHARAP MURAH REZKI...AMIN..

Mia Zara said...

Atira Bukhari :

InsyaAllah..mudah2an murah rezeki awak :)