Saturday, July 30, 2011

Kuih Kegemaranku Di Bulan Puasa

Sekarang ni aku de perasan jugak. Dekat wall pesbuk aku tu penoh dengan gambar-gambar kueh basah, kueh raya, kek lapis la macam-macam ado. Tau la dah dekat nak bulan pose ni kan. Ada jugak la yang dok 'tag' kat aku dengan promosi perabot raya la macam-macam la bila raya dah nak dekat ni kan. Semua orang nak promote bisnes masing-masing. Bagus la tu kan, tapi kot ye pun biar la masuk bulan pose dulu. Ini pose pon tak lagi. Awal beno berkempen. Kalau duk kempen bulan Ramadhan tu bagus jugak. Tapi tak pe la aku ok je. Tak kesah pon...

Ari ni aku nak sembang pasai kueh kegemaran aku di bulan puasa. Tak lama lagi dah nak masuk bulan pose ni kan. Jadi ok jugak kalau kita sembang pasai kueh kegemaran korang di bulan pose ni. Boleh jugak share-share apa jenis kueh yang korang suka makan bila tibanya bulan pose ni. Macam aku kalau bulan pose je tak pernah lupa nak beli kueh ni.


Ni namanya kueh 'nekbat'. Makanan ni berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan. Diperbuat dari tepung beras dan telur. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.


Pada fasa penyediaan akhir, cara nak masak ni mudah je. Bese orang buat sira la. Masuk kan ke dalam air yang mendidih lepas tu taruk la gula dan daun pandan atau cengkih untuk bau wangi. Kueh ni dia tak leh rendam dalam air lama sangat nanti jadi kembang dan hancur. Tak sedap nak makan. Sedap kalau lepas masak tu terus ko ngap je dalam mulut. hehe.

Nak dijadikan cerita, masa aku kecik-kecik dulu la. Arwah ayah aku dengan mak suka makan kueh 'nekbat' ni. Bulan puasa je kueh ni mesti ada. Mula-mula kenal kueh ni masa kecik-kecik dulu aku ingatkan kueh ni makan segera gitu je. Aku ingat macam kuih bahulu tu. Masa budak-budak bese la pose yang yang yuk, pagi-pagi bukak puyuk. haha! Ala budak-budak lagi kan, parents aku tak paksa pon pose masa tu. Satu hari di kala siang hari di bulan pose, arwah ayah aku beli la kueh 'nekbat' ni lepas tu letak kat atas meja makan. Aku tengok ada la dalam 10 biji kot dalam plastik tu. Aku amik la satu terus ngap masuk mulut. Lepas tu cepat-cepat aku muntahkan balik kueh tu. Rasa dia tawo hebe orang ganu kate.

Bila arwah ayah aku perasan aku makan kueh tu terus kena bebel. Kueh ni bukan untuk dimakan segera rupanya kena masak dulu. Hempeh tol! patot la lain macam je rasa dia. Bila dekat dah nak masuk waktu buka pose, aku tengok mak aku masak kueh 'nekbat' ni. Mak aku letak air dalam periuk, lepas mendidih air tu mak aku masukkan kueh dengan gula dan daun pandan. Bila pertama kali aku makan kueh ni terus jatuh cinta sampai la sekarang. Sedap kata ko!

Besenya kueh 'nekbat' ni korang akan jumpa waktu bulan pose je. Kalau bulan laen susah la nak jumpa. Tu istimewa nya kueh ni. Sebab tu la bila masuk je bulan pose orang akan teringat kueh ni. Sape tak kenal kueh ni boleh la cuba. Nampak simple je cara nak menyediakannya tapi sedap tauuu! Tak kenal maka tak cinta gitu. Kalau yang dah bese makan tu tau la rasa dia macam mana kan. Bulan pose jangan lupa beli kueh ni ye.

Kalau dulu seringgit tu boleh dapat 10 biji kot. Entah lupa tapi banyak la kalau beli seringgit. Sekarang ni harga barang makin lama makin mahal jadi kueh ni pun seringgit boleh dapat berapa je. Tapi tak kesah la kan, sekali sekala je nak makan kueh ni tak de hal la. Memang bulan pose je pon aku cari kueh ni, kalau bulan laen tu tak de nya nak makan kueh ni.


Kueh kegemaran korang di bulan pose ape pulak ye? Meh share sini jom....



21 comments:

hamzah ian said...

tgk gmbr pun rase best.. wahhh

Nizam Ijam said...

selamat berpose... :)

@juera said...

hamzah ian: mmg sdp rse dia..=)

Nizam Ijam: slmt berpose jgk :)

Ardini Humaira said...

dni lom penah rasa lagi. tliur lak gulp :D

malaysia largest car classified said...

nice nampak sedap

~aSHa~ said...

tak pernah lagi cuba.....


mai, kalo kita nak follow org tru mozila ni mcmane????

nuruhuda_329 said...

sodapnyewwwwwww:)

apik pehe said...

manis tuh..hehehe

Madiana Mohd said...

sdp nekbat nie...tpi xblh mkn byk mnis hehe.. :)

@juera said...

Dni : kna rse skli br thu sdp ke x..:)

@juera said...

malaysia largest car classified: ikt tkak sy mmg sdp..:)

@juera said...

asha: bleh la cba k.sha..hi hi
hurm..follow cm bese je asenye..npe x leh follow ek?

@juera said...

nuruhuda_329: mcm tetauu je sodap tu..pnh mkn x?

@juera said...

apik pehe: x pe lps mkn mnum air msk byk2..:)

@juera said...

Madiana Mohd: mmg rse dia mnis sgt..sy klu mkn ni sllu mkn dua tiga je..

missNick said...

tu la nekbat ni kan manis...tp sy suka giler ngan akok...hari2 wajib ada kuih tu....tp time balik kg je la dpt merasa....kt KL ni mana nk cari...klu ada pun susah n x sesedap yg kt kelantan...

@juera said...

missNick: akok kt trg ni sdp2..shuker sgt..x pe nti blik klntn bleh mkn akok byk2..hi hi

faizura rahman said...

bazar kt sini ade byk kuih ni..tp xpenah try pun..sedap enh? nnt nak try la! hehe..

@juera said...

faizura rahman: o ye ke..try la bg sy sdp la..:)

Abe Goreng said...

karipap samosa.Sedap gila!

PENGALAMAN PERTAMA PUASA!

@juera said...

Abe Goreng: karipap samosa mmg sodap..lma jgk x mkn tu..hu hu